Memori Kekal Memori Part IV (Last)


Alam termangu-mangu memikirkan tentang Nia .Di mana gadis itu berada ? Seperti kebiasaan dia akan menunggu Nia di bawah pokok rendang bersebelahan bangunan usang di susur jalan selalu di ambil Nia ketika Nia pulang dari sekolah . Hampa . Hampir tiga jam Alam bertapa di situ . Namun kelibat Nia langsung tidak kelihatan . ' Tak datang ke sekolah agaknya ' pujuk hati Alam . Alam melangkah longlai lalu meninggalkan jejak langkahnya di situ . Kian sunyi pabila dirinya sibuk dengan tugasan di kampus . Nia pula menjalani peperiksaan percubaan SPM . Tiada masa untuk bersama hampir 3 minggu . Rasa rindu kian menebal .

      " Ummi , Abang Adith mana ? Dari tadi tak nampak batang hidung ? " ujar Alam lalu menyalami dan mencium sopan tangan Umminya . Mengambil alih tugasan menyiram pokok bunga dari ibunya .

      "Ummi pun tak tahu . Dia balik lambat kot " jawab Ummi sepatah .

      "Alam masuk dulu lah Ummi " seraya Alam melangkah pantas lalu merebahkan diri di atas sofa sambil cuba untuk melelapkan mata . Kepalanya di urut-urut agar perit yang terasa di kepala kian menghilang . Terbayang-bayang wajah comel Nia . Kegelisahan semakin hebat melanda jiwa . Tertanya-tanya di manakah gadis itu berada kini . Cuba menelefon ke rumah sering kali tidak terjawab . Alam terlelap dengan kegelisahan yang kuat menambat hati dan sanubari lelakinya itu .

*********

Alam mengambil keputusan untuk berjumpa Nia masa itu juga di hadapan sekolah . Apa hendak jadi jadi lah . Alam tidak kira jikalau dia di marahi oleh Nia yang sering menghalangnya untuk bertandang ke sekolah . Alam
melangkah dengan pantas . Hatinya berdebar-debar untuk bertemu setelah selama 3 minggu tidak ketemu . Kini Nia menyepikan diri .

Mata bundar Alam meliar mencari kelibat Nia . Serta merta mata bundar Alam melekap di tubuh seseorang yang mungkin dikenalinya . Maryam yang sentiasa bersama mereka apabila mengulangkaji pelajaran bersama . Maryam juga seorang gadis yang berjaya menawan hati Nia untuk berkawan . Maryam sedang setia berdiri dihadapan pintu pagar sekolah dengan wajah yang sugul . Alam datang menghampiri gadis tinggi lampai itu .

      " Maryam , tak balik lagi ? " tegur Alam sopan sambil tersenyum . Sekadar berbahasa basi . Menerpa lembut bahu Maryam yang sedari tadi sugul sahaja keadaannya .

      "Alam , tak . Lambat lagi ."

      "Maryam okay ?"

      "Ada sesuatu yang perlu Alam tahu ." ucap Maryam serius mimik wajahnya . Lalu menapak menghampiri stesen bas untuk memberi Alam kesempatan untuk duduk merehatkan diri . Alam hanya membuntuti sahaja langkah Maryam . 

      "Apa yang penting sangat ni Maryam ? Nia tak sihat ke ? Dia benci dekat Alam ke ? Kenapa Alam call rumah dia tak pick up ? " soal Alam bertubi-tubi . Mahu saja air matanya itu mengalir laju di pipi namun sempat di seka .

      "Alam jangan salah faham . Bawa bertenang . " ucap Maryam sebak . Sebak dengan keadaan tanda tanya Alam  .Kasihan Alam . ' Kau mesti tak dapat terima , apa akan aku katakan ni ' ujar Maryam dalam hati . Alam kelihatan mendung wajahnya .

      "Nia di mana sekarang ? " paksa Alam tidak puas hati . Ditenung wajah Maryam tajam .

      "Nia dah tak ada ." spontan air mata Maryam laju mengalir di pipi gebunya itu . Alam kaget . Dia keliru .

      "Nia pergi mana ? Dia kata tak akan tinggalkan Alam kan ? " ujar Alam sedikit meninggi suaranya . Maryam kelihatan mengesat air matanya yang kian lebat membasahi pipi .

      "Nia dah meninggal dunia , Alam ." dengan berat hati Maryam berterus terang . Sudah hampir 3 hari Nia meninggalkan mereka semua . Kakaknya berkeras untuk membuat majlis tahlil kecil-kecilan sahaja , tidak perlu heboh kepada semua orang . Tidak semua tahu . Atas alasan apa kakaknya berbuat begitu Maryam pun tidak pasti . Perasaan Maryam bercampur baur . Begitu benci sekali kakaknya kepada Nia .

      "Kamu tipu ." ujar Alam kian mendatar suarannya . Hanya kedengaran esak tangis Alam sahaja ketika itu . Maryam turut bersedih . Tiang elektrik bersebelahan stesen bas juga bergegar ketika Alam menyepaknya beberapa kali . Tangisan Maryam kian menggila melihat keadaan Alam seperti orang tidak berpedoman itu . Alam enggan pulang sehingga dia tidak bertemu Nia . Alam berkeras juga namun hampa . Jenazah Nia dikebumikan di kampung halaman mereka di Perak , telefon bimbit Sella Kakak Nia juga tidak berjawab . 

******

Adith semakin risau melihat keadaan adiknya yang semakin hari semakin lemah . Umminya juga merungut dan sedih melihat keadaan Alam . Makanan yang diberi Ummi juga tidak dijamahnya . Adith semakin keliru dengan keadaan adiknya . Suatu malam Alam pulang dengan wajah yang sugul , selepas di paksa berkali-kali baru Alam mahu membuka mulut dan bercerita segalanya kepadanya . Gadis yang selalu di puja , dan dipuji telah menghadap ke Ilahi kerana menghidap barah rahim tahap kritikal . Adith hanya mampu menasihatkan yang terbaik buat Alam . Banyakkan bersabar . Yang hidup tetap akan mati . Lumrah alam .

      " Alam , ada orang nak jumpa ." tegur Adith perlahan sambil menyapa lembut bahu adik bongsunya itu . Alam tetap dengan keadaan tidak terurusnya itu . Alam sekadar tersenyum hambar . Menuruni tangga juga seperti tidak berpijak . Bila-bila masa sahaja Alam akan jatuh terjelepuk .
  
      "Alam ." ucap Maryam lembut seraya Alam melabuhkan punggungnya berhadapan Maryam . Di sebelahnya kelihatan seorang wanita berumur lewat 30-an berdiri sambil menyapa mesra Alam .

      "Makcik ke dapur dulu , buat air ." ujar Ummi ramah sambil mempersilakan Maryam dan Sella duduk . meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu .

      "Alam sihat ?" ujar Maryam memulakan topik perbualan sambil mengerling sekilas wajah serba salah Sella.

      " Alam macam ini lah . " ucap Alam kasar . Disisir beberapa helaian rambutnya kearah belakang kepala . Di pandangnya wajah-wajah dihadapanya satu persatu . Perasaan sebak menyerbu dalam hati Alam tatkala matanya terhenti kearah wajah bujur sirih milik Sella . Rupanya saling tidak tumpah seperti Nia. Yang dirinduinya itu .

      "Kami nak sampaikan ini untuk Alam ." jawab Sella lambat-lambat lalu menghulurkan sebuah buku usang yang tebal ke arah Alam . Alam mencapai huluran Sella dengan berat hati . Terukir indah nama ' Nia Armani' dipermukaan buku berkulit kayu diari tersebut .
       "Alam layak menyimpannya kerana sebahagian dari buku itu berkisarkan hari-hari bahagia Alam bersama Nia . Akak harap Alam dapat memaafkan kesalahan akak selama ni ." ucap Sella sebak .

      "Alam akan simpan , Alam tidak akan menyalahkan takdir . Tuhan lebih menyayangi Nia . Kalau boleh Alam nak beritahu pada Nia yang Alam dah mulai sayang padanya . Alam teringin meluahkan perasaan Alam terhadap Nia lepastu Nia akan menangis terharu sebab sambil tu Alam akan bagi aiskrim Corneto kegemaran Nia yang boleh buatkan Nia tersenyum riang , tunjukkan senyuman paling manis dia dekat Alam . Alam dah hajatkan nak buat semua tu lepas Nia habis peperiksaan percubaan dia . Tapi , semua tu tak akan berlaku sebab Nia dah meninggalkan Alam . Alam kesal sebab tak dapat berkongsi masalah dan penyakit yang Nia tanggung selama ni , Nia dah tinggalkan Alam buat selamanya-lamanya ." ucap Alam sebak sambil memeluk erat buku diari peninggalan Nia .

TAMAT.

Cerita ini hanya rekaan penulis sendiri. Malah ini adalah penghasilan penulisan saya sendiri semasa umur 17 tahun dahulu. Hope you guys enjoy dengan entry publish semula ini. Non edit. Terima kasih! Xoxo

Memori Kekal Memori Part III



    " Bila masa dah pandai balik lewat ni ? " perli Sella sedikit menjerit . Nia hanya memekak kan telinga , malas mahu menjawab . Lagi menjawab lebih teruk dia ' dibasuh ' oleh kakaknya yang tidak pernah berkata lembut dengannya .

     " Nia naik dulu , penat , " ujar Nia lemah lalu menapak ke arah bilik yang berada bersebelahan pintu dapur . Sella hanya memandang dengan penuh kebencian yang tidak terhingga .  Nia merebahkan tubuhnya di atas tilam nipis beralaskan tikar mengkuang . Mengeluarkan sebuah buku diari miliknya . Akan dicatatnya satu persatu peristiwa bahagia dan mencoretkan segalanya atas sebuah buku usang itu .

************
Alam kelihatan seperti ' orang mati bini ' . Mana kan tidak dari tadi Adith perhatikan sahaja keadaan adik bongsunya itu . Ke hulur ke hilir . Tidak puas dengan itu , dia duduk pula lepastu berdudukan dia kembali bangun dan berjalan mundar mandir .

     "Alam ni kenapa ? " ujar Adith bingung sambil melabuhkan punggung di birai katil . Alam tetap diam membisu . Mengangguk pun tidak menggeleng pun tidak .

     "Alam ? " kata Adith geram . sebuah bantal kekabu mengenai tepat badan sederhana sasa milik Alam . Alam bingkas bangun dari lamunan .

     "Apa ni , tak boleh panggil elok-elok ke ?" ujar Alam geram .

     "Abang dah panggil . Siap menjerit bagai . Kau je pekak ,"

     "Yelah , maaf . Abang kata apa tadi ? " soal Alam kembali lembut . Sedar akan kesalahannya .

     "Alam kenapa ? Ada yang tak kena dekat college ke ? Mana tahu abang dapat setelkan ke ."

     "Alam .. Alam .."

     "Sejak bila kau ada penyakit gagap ni Lam ? Setahu aku kau ada penyakit kencing malam je selama ni ." perli Adith . Berdesing telinga Alam mendengar perkataan 'berani mati' abangnya itu . Tidak fikir panjang , mahu saja dia menerkam abangnya dan mengeluarkan segala isi perut milik abangnya . Alam tersengih .

     "Alam , fall in love " jawab Alam malu-malu tapi mahu . Sambil menutup wajah kemerahan dengan patung beruang kesayangannya itu .

     "Apa ? "

     "Alam dah terjatuh cinta ." ujar Alam kali ini sedikit kuat suaranya . Adith terkekeh kekeh ketawa dengan pengakuan suci lagi murni adiknya itu .

     "Dalam hati ada taman rupanya adik aku sorang ni , siapa minah malang tu ? " ujar Adith bersama sisa-sisa ketawanya itu . Melihat wajah Alam yang kelihatan seperti Singa kelaparan itu Adith terus berubah menjadi Abang yang serius .

     "Abang tak perlu tahu la . Malas layan abang yang tak 'caring' macam ni " ujar Alam sedikit terkilan dengan sikap abangnya yang tidak pernah serius dalam semua hal .

     "Pulak ? Merajuk la tu ."

*******

Melebar senyumam di bibir Alam ketika melihat kelibat Nia berbaju kurung biru . Terserlah kecantikan Nia dengan padanan tudung bawal berwarna biru lembut . Mereka sudah berjanji untuk bertemu kali ini . Itu pun atas desakan Alam sendiri . Dengan satu syarat harus Alam ikuti . Perlu membawa Nia di tempat ramai orang . Kata Nia dia tidak mahu orang lain memandang serong terhadap mereka , tidak manis . Alam hanya mengikut kemahuan asalkan dia dapat meluangkan masa bersama .

      "Cantik Nia hari ini ." ujar Alam ikhlas . Kata orang kalau sudah suka semuanya indah belaka , perempuan cantik di depan mata kalau kentut pun bau wangi . Teringat kata-kata abangnya . Alam tersengih mengingatkan fakta menarik abangnya itu .

     "Terima kasih , biasa-biasa saja . "

     "Kita nak pergi mana ni Alam ? " soal Nia spontan senyum menampilkan barisan gigi yang tersusun .

     "Ke syurga . "

     "Apa ? " ujar Nia membuntang mata Nia dibuatnya . Alam kelihatan terkalut-kalut sambil membetulkan posisi badan .

     "Eh , tak. Kita pergi makan lepastu jalan-jalan di tasik . Okay tak ? " jawab Alam sedikit kaget . Darah merah mulai menyerbu wajah Alam berkulit kuning langsat itu . Di sisir rambutnya yang terjatuh di dahi dengan jari ke arah belakang . Menghalang pandangan menatap wajah cantik milik Nia . Malunya .

     "Alam ni , angau ke apa ? Ke syurga pula katanya . Nia ikutkan saja . " jawab Nia selamba sambil berjalan ke hadapan meninggalkan Alam yang tersipu-sipu malu dengan tindakan drastiknya . ' Angau dekat kau Nia ' jawab Alam dalam hati .

    " Apa salahnya nak bawa Nia ke syurga . Tak boleh ke ? " ujar Alam berjalan sama laju bersebelahan Nia yang enak menjilat icecream Corneto yang dihadiahi Alam .

     " Ni nak ?" soal Nia sambil menunjukkan penumbuk kecil miliknya ke arah muka Alam dengan mimik wajah yang dibuat garang. Spontan Alam ketawa besar .

     "Alam dah serik dengan penumbuk Nia tu . Rasa sakitnya sampai sekarag tau ." ketawa Alam kecil sambil mengangkat kedua belah tangan ke arah Nia tanda mengalah . Serentak ketawa mereka bersatu .

********

Hampir enam bulan mereka menjadi teman yang baik . Seperti kebiasaan Alam akan menanti kedatangan Nia yang sering pulang dari sekolah di jalan yang sama mereka bertemu buat pertama kali yang membibitkan perasaan cinta dihati Alam . Kadang kala , Alam sanggup ponteng kuliah semata-mata mahu bertemu Nia yang kian menyerikan hari-harinya itu . Alam setia menunggu di dalam kereta milik abangnya itu .

     "Mana Nia ni ? Selalu waktu-waktu begini dia dah balik . " soal Alam sendirian . Hatinya kian resah . Mahu menelefon ke rumah Nia tidak boleh pula . Salahnya juga , tidak mahu meminta nombor telefon rumah Nia . Hasrat hati bertanya sudah ada , cuma Nia terlalu misteri dan pendiam . Tidak pernah sekali pun Nia menyebut tentang ahli keluarganya . Mereka akan keluar bersama semasa mengulang kaji pelajaran sahaja . Lain Alam takut untuk bertanya , dikatakan Alam busybody pula .

    "Alam . " jerit Nia dari luar tingkap kereta Myvi milik Adith . Alam terkedu . 'Panjang umur dia , baru cakap dan muncul' ujar Alam bermonolog sendirian .

     "Lambat balik ? " soal Alam sejurus Nia melabuhkan punggung bersebelahan Alam . Nia hanya mampu menghadiahkan senyuman manis terserlah lesung pipit di kedua belah pipi milik Nia .

     "Ada kelas tambahan Akaun tadi . Nia kan lemah Akaun , Alam ajarkan pun nak marah-marah je . Mana nak masuk . " perli Nia seolah merajuk . Alam tersenyum . Tercuit hatinya apabila Nia berkelakuan begitu .

     "Iya la . Alam kan jahat . Asyik marah-marah anak murid bila mengajar . " terkekeh-kekeh Alam ketawa melihat muncung Nia kian sedepa .

     " Nanti Alam ajar lembut-lembut ya ? Belai-belai dan acah-acah Nia macam Baby kecil . Okay ? " sambil mengenyit mata Alam spontan ketawa sinis .

     "Eee , gatal .Tak nak la . " jawab Nia hilang muncung sedepanya kini muncul kerutan seribu di dahi lebar milik Nia . Spontan satu penumbuk kecil Nia hinggap di lengan kiri Alam . Alam ketawa kecil .

     " Dahtu ? Nak sangat kita berlembut . " jawab Alam masih bersisa ketawanya .

     "Diam ." ujar Nia sepatah melarikan pandangan mata keluar tingkap .

     "Kita pergi makan okay . " Ucap Alam sambil ketawa kecil melihat telatah Nia yang manja . Hatinya diserbu rasa sayang yang mendalam . Mahu sahaja dia mendakap tubuh genit Nia itu di situ juga dan meluahkan perasaan sebenarnya yang sudah lama terpendam sekian lamanya itu kepada Nia . Hampa . Mulutnya masih terkunci sehingga kini . Adakah dirinya bertepuk sebelah tangan ?


bersambung ...

Memori Kekal memori Part II


Kelihatan kelibat lelaki yang bermasam muka sedang setia merenung bulan purnama malam itu . Hatinya melonjak lonjak inginkan jawapan yang dia sendiri tidak pasti . Mengenangkan peristiwa manis seperti gula-gula kapas itu serta merta spontan senyuman di bibir Alam mekar . Sudah lama dia menjadi 'stalker' kepada gadis yang sudah lama menjadi pemerhatiannya . Nasibnya baik , kebetulan beg dompet gadis itu tercicir di hadapannya . dan nasibnya baik sekali dapat bersembang mesra dengan gadis itu walaupun hanya seminit .' Esok nak pergi jumpa jugak Nia tu ! Tak kira apa pun jadi ' jerit Alam kegirangan dalam hati .

     " Kenapa tersenyum-senyum macam kura-kura ni ? " tegur Adith spontan sambil menepuk bahu adik bongsunya yang ligat berfikir .

     "Abang ni ! Terkejutkan orang je . Sakit jantung dah lama KO tau ,"

     "Amboi , mengelamun panjang nampak ? Dah jumpa marka baru ke ? "

     "Ehh , abang pernah nampak kura-kura tersenyum ke ? " perli Alam lari dari persoalan Adith . Spontan Adith ketawa besar .

     "Pernah , kau lah kura-kura tu ," jawab Adith selamba sambil membalingkan bantal peluk ke arah Alam yang masam mencuka . Alam di tinggalkan dengan ketawa terbahak-bahak Adith yang gemar menyakatnya itu .

*********

Nia melalui lorong yang sama jika pulang dari sekolah . Dia gemar berjalan kaki sambil itu dapat mencuci mata di lorong-lorong sebalik bangunan usang itu . Dia tidak gemarkan masa bersosial bersama teman-teman , dia lebih patuh arahan Kakaknya yang tegas . Lebih kepada garang macam Mak Tiri Cinderella . Minta simpang kalau kakaknya tidak mengamuk jika dirinya balik lewat .

Hayunan kaki semakin laju melangkah . Kakaknya mahukan dirinya balik tepat pada waktunya , jika tidak . Mahu tidak makan tengahari petang itu . Nia menyanyi-nyanyi kecil bagi menghilangkan rasa takut . Tidak semena-mena seseorang telah menepuk bahunya lalu badan Nia terdorong ke arah belakang . Terhenti hayunan kakinya . Cepat-cepat Nia mengepal penumbuk lalu hayunan yang maha kuat mengenai dan hinggap ke wajah lelaki misteri itu . 

     " Kau siapa !? " dengan gaya seorang peninju handal Nia menunjukkan penumbuk kecilnya ke arah lelaki itu . Wajah Nia berubah ganas , mukanya ala-ala ayu itu terus hilang .

     "Sorry , tak sengaja " jawab Alam lambat-lambat . Di pegang pipinya yang terasa perit dek penangan Nia yang seolah dari tumbukan Jackie Chan menepek ke pipinya itu . Hilang ketampanan dan rambut pacak miliknya itu . Nia tercengang , kotak fikirannya kembali mengimbas nak menganalisis wajah tampan seorang lelaki di hadapannya kini .

     " Awak rupanya , lain kali cuba tegur elok-elok . Ini tidak , dah macam perogol misteri " ucap Nia selamba tanpa perasaan maaf dan kasihan . Keadaan Nia lebih kepada wanita muslimah kini . Wajahnya juga tidak berkerut seribu . Postur badan juga telah diperbetulkan .

     " Saya tak ada niat langsung nak buat awak terkejut . "

     " Tak apa , saya dah terbiasa dengan tindakan spontan tu ."

     " Ramai ke yang kena macam ni ek ?"

     " Agak lah , dalam 10 orang macamtu ." jawab Nia spontan sambil mengerling ke arah Alam . Alam membalas dengan senyuman paling manis walaupun pipinya terasa lebih panas seperti tadi . Malu dijeling begitu . Lantas Nia ketawa kecil dan sopan .

     " Kenapa gelak ?"

     " Awak percaya ke ? "

     " Mesti lah , mesti ramai tak nak dekat dengan awak .Tercuit sikit dah kena penangan hebat awk tu . Kesian." perli Alam bertubi-tubi .Nia masih lagi tersengih sambil menghulurkan sekeping tisu kepada Alam . 

     " Banyak cerita pulak dia ni . Terima kasih sebab semalam ." ujar Nia malu-malu . Terbit rasa bersalah di hati . Lelaki itu yang memulangkan beg dompetnya itu , hari ini . 'Free free kena penumbuk sulung aku .Keras juga muka mamat ni , lebam jari-jari aku' rintih Nia dalam hati .

     " Awak Nia , Si Peninju Handal . Tak nak tanya nama saya ? " terkekeh-kekeh Alam ketika menyebutnya. Spontan Nia teersenyum manis .

     " Kena tanya lah ni ? "

     " Nama saya Alam Bin Bahari Seorang Stalker Hebat " gurau Alam . Lalu mereka serentak ketawa dan Alam kian terasa senang dalam hati dapat bergurau senda dengan gadis yang baru di kenali yang berjaya menambat hatinya itu .

Bersambung ..

Memori Kekal Memori Part I

Memandang dan mendongak sekilas keadaan langit yang membiru . Terpejam rapat dek pancaran sinaran matahari yang kuat mengenai tepat bebola mata kecil . Terkelip kelip . Lalu tanpa sebarang hembusan angin tatkala panas terik memancar ke bumi . Dia melangkah longlai menuju lorong-lorong kecil berlantaikan pecahan kaca botol untuk di lalui .

Hujan gerimis menyentuh lembut seragam baju putih dan kain sarung biru milik Nia . Dia mengeluh . Seingatnya panas terik di siang hari namun hampa menepis anggapan diri . Hujan juga bisa menuruni waktu siang terik hari . Lalu dengan lebatnya hujan membasahi halaman . Guruh dan kilat sabung menyabung . Membantutkan perjalanan Nia yang masih terpinga pinga hendak pulang ke rumah dengan kadar segera . Mengambil keputusan untuk berlari menyelamatkan diri dan berteduh bagi mengelakkan dirinya di basahi titisan hujan kasar yang tiada tandingannya .

     " Masa begini la dia nak hujan , tadi elok saja ", omel Nia sendirian sambil tangannya lembut menepis dan mengibas tudung putih yang dibaluti sisa sisa air hujan . Tanpa sempat Nia mengibas kain biru miliknya , tidak semena mena dia di langgar seseorang hingga membuatkannya terlajak dari tempat pendiriannya .

     " Sorry ! Tak perasan awak ada dekat sini " ucap lelaki itu lembut , telapak tangannya seperti berikrar di angkat tanda maaf kearah Nia .
  
     " Tak apa ! " jawab Nia keras . Nia tetap tidak memandang lelaki bertubuh tegap itu . Nia tetap dengan terasa sakit hatinya bila dilanggar sebegitu rupa . ' Buta agaknya aku yang besar gedabak dekat sini pun nak langgar' omel Nia dalam hati dengan muncungnya .
  
     "Awak Nia kan ? " soal lelaki itu tanpa mempedulikan wajah mencuka milik Nia . Lalu dia melangkah setapak demi setapak sehingga berada betul-betul di hadapan Nia berdiri yang masih menunduk marah . Konon tidak mahu langsung melayan lelaki dianggap 'gatal' itu .

     " Iya . " jawab Nia acuh tidak acuh . Memandang sekilas wajah lelaki tinggi lampai dan berkulit kuning langsat dihadapannya itu . Mata bersatu Nia melarikan pandangan seolah ada pancaran kilat dua pasang mata . Nia cepat-cepat melarikan pandangan mata dan memandang ke arah jalan raya .

Lelaki itu tetap tersenyum manis .

     " Awak tercicir sesuatu ." 

     " Apa ni ? "

     " Beg dompet awak ." ucap lelaki itu sepatah . Senyuman masih bersisa sambil menghulurkan sebuah beg dompet kecil berwarna biru cerah bertatah tulisan 'Roxy' di permukaan .

     " Ohh , terima kasih " ucap Nia gopoh gopoh sambil lambat-lambat menyambut huluran lelaki itu . Baru berani Nia mengangkat wajah dan membalas senyuman ikhlas . Senyuman ikhlas yang telah lama Nia pendamkan yang hampir berkulat . Baru dia ingat , semasa berlari sepantas mungkin itu dia baru sahaja lepas membeli satu tin minuman buat hilang dahaga . Mungkin masa itu dompetnya tercicir . ' Selamat ada orang nampak dan bagi balik dekat aku , kalau tidak . Menangis sampai tak berlagu aku ' ucap Nia perlahan .

     " Maaf , saya ternampak kad pengenalan awak tadi . Tapi , saya tak ambil pun duitnya .. " ulas lelaki itu meyakinkan Nia yang sedang membelek belek beg dompetnya yang kebasahan , seolah olah tahu apa yang bermain di benak fikiran Nia . Mengerling lelaki yang ada di depan mata , Nia tersengih .

     " Tak apa , semuanya cukup . Terima kasih lagi sekali ! " ujar Nia sepatah dengan senyuman manis . Lalu Nia berlari anak meninggalkan lelaki yang baru hendak bertanyakan tentang diri selanjutnya dengan terpinga- pinga .

     " Eh, nanti dulu ! " jerit lelaki itu kalut sepatah namun hampa , gadis itu berlari dan tidak menoleh ke belakang lagi . 

Lelaki itu kekal hampa dan kecewa dengan pertemuan sesingkat itu yang bukan diharapkan .

Bersambung ..