Memori Kekal Memori Part IV (Last)


Alam termangu-mangu memikirkan tentang Nia .Di mana gadis itu berada ? Seperti kebiasaan dia akan menunggu Nia di bawah pokok rendang bersebelahan bangunan usang di susur jalan selalu di ambil Nia ketika Nia pulang dari sekolah . Hampa . Hampir tiga jam Alam bertapa di situ . Namun kelibat Nia langsung tidak kelihatan . ' Tak datang ke sekolah agaknya ' pujuk hati Alam . Alam melangkah longlai lalu meninggalkan jejak langkahnya di situ . Kian sunyi pabila dirinya sibuk dengan tugasan di kampus . Nia pula menjalani peperiksaan percubaan SPM . Tiada masa untuk bersama hampir 3 minggu . Rasa rindu kian menebal .

      " Ummi , Abang Adith mana ? Dari tadi tak nampak batang hidung ? " ujar Alam lalu menyalami dan mencium sopan tangan Umminya . Mengambil alih tugasan menyiram pokok bunga dari ibunya .

      "Ummi pun tak tahu . Dia balik lambat kot " jawab Ummi sepatah .

      "Alam masuk dulu lah Ummi " seraya Alam melangkah pantas lalu merebahkan diri di atas sofa sambil cuba untuk melelapkan mata . Kepalanya di urut-urut agar perit yang terasa di kepala kian menghilang . Terbayang-bayang wajah comel Nia . Kegelisahan semakin hebat melanda jiwa . Tertanya-tanya di manakah gadis itu berada kini . Cuba menelefon ke rumah sering kali tidak terjawab . Alam terlelap dengan kegelisahan yang kuat menambat hati dan sanubari lelakinya itu .

*********

Alam mengambil keputusan untuk berjumpa Nia masa itu juga di hadapan sekolah . Apa hendak jadi jadi lah . Alam tidak kira jikalau dia di marahi oleh Nia yang sering menghalangnya untuk bertandang ke sekolah . Alam
melangkah dengan pantas . Hatinya berdebar-debar untuk bertemu setelah selama 3 minggu tidak ketemu . Kini Nia menyepikan diri .

Mata bundar Alam meliar mencari kelibat Nia . Serta merta mata bundar Alam melekap di tubuh seseorang yang mungkin dikenalinya . Maryam yang sentiasa bersama mereka apabila mengulangkaji pelajaran bersama . Maryam juga seorang gadis yang berjaya menawan hati Nia untuk berkawan . Maryam sedang setia berdiri dihadapan pintu pagar sekolah dengan wajah yang sugul . Alam datang menghampiri gadis tinggi lampai itu .

      " Maryam , tak balik lagi ? " tegur Alam sopan sambil tersenyum . Sekadar berbahasa basi . Menerpa lembut bahu Maryam yang sedari tadi sugul sahaja keadaannya .

      "Alam , tak . Lambat lagi ."

      "Maryam okay ?"

      "Ada sesuatu yang perlu Alam tahu ." ucap Maryam serius mimik wajahnya . Lalu menapak menghampiri stesen bas untuk memberi Alam kesempatan untuk duduk merehatkan diri . Alam hanya membuntuti sahaja langkah Maryam . 

      "Apa yang penting sangat ni Maryam ? Nia tak sihat ke ? Dia benci dekat Alam ke ? Kenapa Alam call rumah dia tak pick up ? " soal Alam bertubi-tubi . Mahu saja air matanya itu mengalir laju di pipi namun sempat di seka .

      "Alam jangan salah faham . Bawa bertenang . " ucap Maryam sebak . Sebak dengan keadaan tanda tanya Alam  .Kasihan Alam . ' Kau mesti tak dapat terima , apa akan aku katakan ni ' ujar Maryam dalam hati . Alam kelihatan mendung wajahnya .

      "Nia di mana sekarang ? " paksa Alam tidak puas hati . Ditenung wajah Maryam tajam .

      "Nia dah tak ada ." spontan air mata Maryam laju mengalir di pipi gebunya itu . Alam kaget . Dia keliru .

      "Nia pergi mana ? Dia kata tak akan tinggalkan Alam kan ? " ujar Alam sedikit meninggi suaranya . Maryam kelihatan mengesat air matanya yang kian lebat membasahi pipi .

      "Nia dah meninggal dunia , Alam ." dengan berat hati Maryam berterus terang . Sudah hampir 3 hari Nia meninggalkan mereka semua . Kakaknya berkeras untuk membuat majlis tahlil kecil-kecilan sahaja , tidak perlu heboh kepada semua orang . Tidak semua tahu . Atas alasan apa kakaknya berbuat begitu Maryam pun tidak pasti . Perasaan Maryam bercampur baur . Begitu benci sekali kakaknya kepada Nia .

      "Kamu tipu ." ujar Alam kian mendatar suarannya . Hanya kedengaran esak tangis Alam sahaja ketika itu . Maryam turut bersedih . Tiang elektrik bersebelahan stesen bas juga bergegar ketika Alam menyepaknya beberapa kali . Tangisan Maryam kian menggila melihat keadaan Alam seperti orang tidak berpedoman itu . Alam enggan pulang sehingga dia tidak bertemu Nia . Alam berkeras juga namun hampa . Jenazah Nia dikebumikan di kampung halaman mereka di Perak , telefon bimbit Sella Kakak Nia juga tidak berjawab . 

******

Adith semakin risau melihat keadaan adiknya yang semakin hari semakin lemah . Umminya juga merungut dan sedih melihat keadaan Alam . Makanan yang diberi Ummi juga tidak dijamahnya . Adith semakin keliru dengan keadaan adiknya . Suatu malam Alam pulang dengan wajah yang sugul , selepas di paksa berkali-kali baru Alam mahu membuka mulut dan bercerita segalanya kepadanya . Gadis yang selalu di puja , dan dipuji telah menghadap ke Ilahi kerana menghidap barah rahim tahap kritikal . Adith hanya mampu menasihatkan yang terbaik buat Alam . Banyakkan bersabar . Yang hidup tetap akan mati . Lumrah alam .

      " Alam , ada orang nak jumpa ." tegur Adith perlahan sambil menyapa lembut bahu adik bongsunya itu . Alam tetap dengan keadaan tidak terurusnya itu . Alam sekadar tersenyum hambar . Menuruni tangga juga seperti tidak berpijak . Bila-bila masa sahaja Alam akan jatuh terjelepuk .
  
      "Alam ." ucap Maryam lembut seraya Alam melabuhkan punggungnya berhadapan Maryam . Di sebelahnya kelihatan seorang wanita berumur lewat 30-an berdiri sambil menyapa mesra Alam .

      "Makcik ke dapur dulu , buat air ." ujar Ummi ramah sambil mempersilakan Maryam dan Sella duduk . meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu .

      "Alam sihat ?" ujar Maryam memulakan topik perbualan sambil mengerling sekilas wajah serba salah Sella.

      " Alam macam ini lah . " ucap Alam kasar . Disisir beberapa helaian rambutnya kearah belakang kepala . Di pandangnya wajah-wajah dihadapanya satu persatu . Perasaan sebak menyerbu dalam hati Alam tatkala matanya terhenti kearah wajah bujur sirih milik Sella . Rupanya saling tidak tumpah seperti Nia. Yang dirinduinya itu .

      "Kami nak sampaikan ini untuk Alam ." jawab Sella lambat-lambat lalu menghulurkan sebuah buku usang yang tebal ke arah Alam . Alam mencapai huluran Sella dengan berat hati . Terukir indah nama ' Nia Armani' dipermukaan buku berkulit kayu diari tersebut .
       "Alam layak menyimpannya kerana sebahagian dari buku itu berkisarkan hari-hari bahagia Alam bersama Nia . Akak harap Alam dapat memaafkan kesalahan akak selama ni ." ucap Sella sebak .

      "Alam akan simpan , Alam tidak akan menyalahkan takdir . Tuhan lebih menyayangi Nia . Kalau boleh Alam nak beritahu pada Nia yang Alam dah mulai sayang padanya . Alam teringin meluahkan perasaan Alam terhadap Nia lepastu Nia akan menangis terharu sebab sambil tu Alam akan bagi aiskrim Corneto kegemaran Nia yang boleh buatkan Nia tersenyum riang , tunjukkan senyuman paling manis dia dekat Alam . Alam dah hajatkan nak buat semua tu lepas Nia habis peperiksaan percubaan dia . Tapi , semua tu tak akan berlaku sebab Nia dah meninggalkan Alam . Alam kesal sebab tak dapat berkongsi masalah dan penyakit yang Nia tanggung selama ni , Nia dah tinggalkan Alam buat selamanya-lamanya ." ucap Alam sebak sambil memeluk erat buku diari peninggalan Nia .

TAMAT.

Cerita ini hanya rekaan penulis sendiri. Malah ini adalah penghasilan penulisan saya sendiri semasa umur 17 tahun dahulu. Hope you guys enjoy dengan entry publish semula ini. Non edit. Terima kasih! Xoxo